SECANGKIR KOPI SETEGUK DARAH

SECANGKIR KOPI SETEGUK DARAH

Malam itu aku masih di kedai kopi,

Menghirup kopi hitam dan melahap roti bakar,

Bersama teman dan sahabat,

Sambil duduk aku mengerling pada skrin besar TV besar,

Melihat sebuah berita terkini.

..

Ooo..lupa aku bahawa,

Ada insan di bumi Palestin,

Tengah meratap-ratap pilu dan sedih,

Seorang wanita mencari anak gadisnya yang hilang,

Dalm timbunan puing-puing bangunan runtuh,

Dan peluru bersimpang-siur berdesir di tengahnya,

Dia terus menjerit dan meraung-raung,

Atas kehilangan itu.

..

Dan wanita itu berlari-lari tanpa arah lagi,

Mencari anak lelakinya yang masih kecil,

Telah terlepas dari pautan tangannya,

Dan melihatnya di celah gelimpangan mayat-mayat itu.

..

Ada sekujur mayat kanak-kanak,

Yang masih memegang senapang mainan di tangannya,

Itulah anaknya,

Dan dia terus menangis serta menampar-nampar,

Mukanya,

Mencari suaminya dan di lantai dilihatnya titisan darah,

Syahid!! Syahid!! Syahid!! jeritnya.

..

Aku hirup lagi kopi yang tinggal setengah..panas,

Dan aku kunyah sekeping roti bakar,

Temanku sibuk mengetip laptopnya,

Dan TV menyiarkan lagi…

..

Setiausaha Negara Amerika Syarikat berkata-kata,

Sedang mencari formula mahu keamanan,

Aaah…berkata atas kuasa veto,

Hanya sebuah laporan, tidak pernah ada satu pakatan,

Hanya sekadar mahu buat ulasan,

Biar dunia tahu bahawa tugasnya tidak pernah berakhir,

Obama akan menyambung…

Dan katanya setiap keputusan akan dipatuhi,

Dan lihat sajalah…peperangan itu..untuk siapa?

..

Aku hirup lagi baki kopi,

Nikmatnya…rasa..tiada apa nak dirisaukan,

TV itu terus menayangkan gambar…

..

Seorang lelaki sedang mengusung jenazah sahabatnya,

Yang berlumuran darah, kepalanya telah terkulai,

Yang lain sedang menjerit-jerit,

Mencemuh dan meminta pertolongan,

Dan manusia di bumi Palestin sangat gawat,

Dentuman bom seperti membelah bumi,

Peluru seperti taufan membedil musuh dan lawan.

..

Terdengar orang di sebelah meja aku berkata,

“Biasalah bila dalam peperangan..gawat, cedera dan mati. Dan inilah jadinya kalau rundingan tidak selesai.”

Sahabat yang lain tergelak dan tersenyum sinis.

..

Aku masih lagi melihat berita akhir,

Ramainya anak-anak Palestin yang telah menjadi mayat,

Diatur berbaris…sebak menyelinap di dadaku,

Kenapa peperangan boleh mengorbankan kanak-kanak?

Kenapa Zionis lakukan itu? Untuk apa?

..

Mereka mahu bumi Palestin,

Jangan ada bangsa Palestin,

Bukan kekejaman, tapi pemusnahan dan penghapusan,

Dan aku melihat sekeliling,

Tiada siapa yang mahu ulas berita itu,

Itu di Palestin, kita di sini,

Di kedai kopi…aman…

..

Dan tiba-tiba cawan aku terjatuh ke lantai,

Pecah, berderai, serpihan kaca bertaburan,

Itu hanya sebuah cawan kaca yang sangat murah harganya,

Semurah nyawa anak Palestin,

Dan aku tinggalkan kaca itu…

..

Di manakah aku sekarang ini…

Apakah aku mahu berkira-kira,

Bercerita perjanjian autonominya,

PLO dengan sejarah Yasser Arafat atau Hamas dan Fatah,

Kini semuanya boleh berbicara,

Tiada siapa yang sanggup menggalas senjata?

..

Dan siapa yang sanggup mati?

Siapa yang akan mara?

Dan siapa yang akan kecundang?

Korban tidak mengenal lawan dan kawan,

Kanak-kanak, wanita dan orang berdosa,

Sebuah percaturan dalam peperangan,

Dan aku terus juga melihat gelimpangan mayat-mayat.

Saksi sebuah jihad…apakah di HATI atau di MATAKU?

-Rusnah Abu Samah

Advertisements

~ by ABDUL HALIM on June 12, 2010.

3 Responses to “SECANGKIR KOPI SETEGUK DARAH”

  1. Syukran a.halim sudi ziarah blog nisa, nk mnta izin listkan blog a.halim jd sahabat leh?..

  2. …………………nice……………………..^_^b

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: