Manusia..

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini.awal lagi nie?.zzz

Manusia – Nak makan, laparlah ?
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah
Syaitan – Ahh, tak payahla…dah lapar ini !! mmm.. sedapnyaa?

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat….
Syaitan – Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan – Ahhh?awal lagi?mmm.. aahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia – Azan sudah kedengaran..
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan – Baru pukul berapa.. rilex lah.. awal lagi nie?

Manusia – Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan – Perggghh… best tu… rugi ooo kalau tak tengok nie…

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah?… pandai2lah?

Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha
Pengampun.
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya
sekali….rugilah. .. (kalau sempat la)

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan – Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu… Jomlahhh?

Advertisements

~ by ABDUL HALIM on January 18, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: