KEHIDUPAN DUNIA YANG SEMENTARA

 

Dunia ini adalah ibarat sebuah kapal yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman iaitu akhirat.  Kapal  yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya dari alam mana.Di tengah-tengah pelayaran , kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama ‘Dunia’. Di sisi, para penumpang  berehat sebentar bagi mencukupkan  barang-barang keperluan kecil  untuk pelayaran seterusnya iaitu ke pelabuhan bahagia.

 

 

Rumput-rumput di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih. Sesiapa yang memandangnya pasti terpesona dengan keindahan dan kenikmatan yang terdapat di pulau ini.

 

Kapten kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar beristirehat sambil melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada di kalangan mereka yang lalai apabila terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya. Ini kerana apabila isyarat tiba masa untuk belayar, kapal akan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan.

 

 

Semua penumpang pun turun dari kapal dan meninjau-ninjau keindahan dan kenikmatan pulau tersebut. Ada sebahagian dari mereka menikmati keindahan pulau dengan sebaik yang mungkin dan ramai yang leka. Sebahagian mereka mengingati peringatan Kapten kapal tetapi sebahagian mereka lalai dan leka. Ada yang mengamnil bunga-bunga yang cantik lagi harum baunya untuk dibawa belayar bersama-sama. Ada juga yang mengambil air yang jernih lagi bersih untuk bekalan semasa pelayaran.

 

Namun begitu masih terdapat sebahagian besar daipada mereka lupa bahawa pelayaran mereka masih jauh. Dia terpengaruh kerana terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada tempat lain lagi seindah itu. Mereka menikmati makanan-makanan yang enak di pulau tersebut sehingga tidak sedar bahawa waktu untuk meneruskan pelayaran telah hampir tiba.

 

Berkali-kali loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik kapal ke kapal, tetapi mereka membuat endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Bagi mereka, tiada tempat lain yang lebih cantik, indah dan seronok selain pulau itu(Dunia). Akhirnya, bila tiba masa seperti yang ditetapkan, maka kapal menarik sauhnya dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau itu.

 

Apabila mereka berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa pulau itu bukan lah tempat sebenar yang ditujui. Disitu ia dikelilingi air, menyesal, tetapi penyesalan yang tiada gunanya lagi. Kapal semakin jauh meninggalkan mereka. Mereka menangis dan meraung meminta diambil semula.

 

Orang-orang tiada lagi yang menjadi kawan, kapal lain tiada yang datang. Sesalan bertimpan-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana. Segala keindahan dan kecantikan di pulau tersebut semakin hilang dari pandangan. Taman-taman yang dihiasi dengan bunga-bunga yang berseri dan harum kini hilang serinya dan baunya juga bertukar ganti. Tiada lagi haruman, tiada lagi kecantikan dan keindahan untuk dinikmati. Suasana yang indah berseri kini bertukar ganti. Maka berkeliaran lah ular, kala jeking, lipan, dan haiwan berbisa dari sarangnya. Semuanya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah dan mengancam. Kini barulah mereka sedar bahawa pulau yang dinamakan ‘Dunia’ itu tidak boleh memberikan kebahagiaan yang berkekalan, kenikmatan dan keseronokan yang kekal abadi. Semuanya hanya bersifat sementara sahaja. Barulah mereka sedar pada peringatan jika mereka patuh pada peringatan Kapten kapal tadi tentu mereka tidak menghadapi keseksaan di kecam oleh haiwan-haiwan berbisa. Penyesalan yang timbul sudah tiada ertinya lagi kerana kapal tersebut tidak akan kembali untuk mengambil mereka. Tinggallah mereka yang leka di pulau tersebut dan menghadapi serangan haiwan-haiwan berbisa tersebut.

 

 ” Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbanga di antara kamu..” [ Al-Hadid, 57: 20]

 

1_485403377l

Advertisements

~ by ABDUL HALIM on November 15, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: