KEADAAN PENGHUNI NERAKA

KEADAAN PENGHUNI NERAKA

Dari Abu Hurairah, bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda :

Mahukah kukhabarkan kepada kalian tentang penghuni neraka? Mereka adalah orang yang buruk kelakuannya dan bengis. ‘ ( Hadis Riwayat Ahmad )

Diriwayatkan dengan makna yang sama dari Amru bin Ash, dari Ghanam, bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda :

Tidaklah masuk syurga orang sombong dan bengis lagi jahat ‘ ( Hadis Riwayat Ahmad )

Dari Ali bin Rabaah, dari Suraqah bin Malik, bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda :

Hai Suraqah, mahukah kuberitakan tentang penghuni syurga dan penghuni neraka?“

Suraqah menjawab :

Baiklah ya Rasullulah. “

Nabi S.A.W. berkata :

Penghuni neraka adalah setiap orang yang bengis, angkuh dan sombong. Penghuni syurga ialah mereka adalah orang-orang yang lemah dan tak berdaya. “ ( Hadis Riwayat Thabrani)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda :

‘ Dua macam dari umatku yang belum pernah kulihat mereka. Iaitu orang-orang yang membawa cambuk api seperti ekor sapi dan memukul orang lain dengannya. Dan wanita-wanita yang berkepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal baunya tercium dari jarak sekian dan sekian. ‘ ( Hadis Riwayat Muslim )

Disebutkan dalam Yaqdhah Ulil I’tibaar, mereka disebut memakai baju, tetapi telanjang dari agama, kerana terbuka dan menampakan keindahan-keindahan tubuh mereka. Ada yang mengatakan mereka memakai baju tipis yang menampakan bahagian bawah dan belakangnya. Mereka berpakaian tapi sebenarnya telanjang.

Ada pula yang mengatakan mereka berpakaian di dunia dengan berbagai macam perhiasan yang haram. Dan ‘maailaat’ ertinya menyimpang dari ketaatan kepada Allah S.W.T. dan suami serta tidak memelihara kehormatan diri. Mumiilaat ertinya mengajar wanita lain berbuat seperti mereka. Ada yang mengatakan, ‘maailaat’ ertinya berjalan dengan angkuh, sedangkan ‘mumiilaat’ ertinya memiringkan badan untuk menyombongkan diri dan menarik perhatian para lelaki dengan perhiasaan yang mereka tampakan dan bau yang harum.


Ada pula yang mengatakan , ‘maailaat’ ertinya menyisir rambutnya dengan model seperti pelacur. Dan ‘mumiilaat’ adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain dengan model seperti pelacur. Mereka membentuk rambut mereka dengan model yang tercela, bukan dengan jalinan rambut yang dibolehkan seperti diriwayatkan dalam hadis sahih dari Ummi Salamah.

Wallahua’lam..

*p/s : Gambar sekadar hiasan. Harap maklum..

Advertisements

~ by ABDUL HALIM on June 27, 2008.

3 Responses to “KEADAAN PENGHUNI NERAKA”

  1. semoga kita tidak tergolong dikalangan ahli neraka. semoga diri kita sentiasa terpelihara drpd segala perkara yg menjerumuskan diri ke dalam neraka, nauzubillah…

    *p/s : gambar yg kedua tu amat x patut dipaparkan, sila padamkan

  2. nice artikel
    keep it up
    tetibe teringat mase dinner aritu ramai kekawan pakai baju cmtu
    hukhuk
    seram..

    _pencinta budu

  3. thank u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: