BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdullilah,

Syukur pada-Nya kerana memberi kesempatan untuk saya membuat sedikit coretan pada blog..



Di sini saya paparkan gambar(senarai) yang berkaitan dengan perjuangan Israel..

Di harap saudara/saudari dapat meluangkan sedikit masa untuk melihat keseluruhan gambar tersebut..

boycott

Mungkin terdapat segintir daripada anda sudah pun mengetahui mengenai hal ini atau sebaliknya..


APAKAH TINDAKAN anda bagi yang SUDAH mengetahui hal ini..??

& APAKAH TINDAKAN anda bagi yang BARU sahaja mengetahui..??


Buat-buat xtau..??  ” Eh, i mana tau pasal company-company yang support Yahudi nie..!!” <–padahal tau..

Teruskan membeli produk-produk syarikat tersebut..?? <–“Alaaa..susah la nk beli produk lain..Taste i lain tau..Lagipn semua orang guna produk tue gak..”

” I punya duit, suka hati arr i nk beli apa..xkaco duit bapak u pn..”


MasyaAllah..Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka..

Ya Allah, pancarkan lah hidayah-Mu ke dalam hati mereka..Amin..


Tadi adalah antara ragam atau alasan yang dapat kita dengari oleh segelintir masyarakat hari ini..

Memang tidak dinafikan bahawa sebahagiannya merupakan syarikat-syarikat besar di dalam mahupun di luar negara..

Dan yang menyedihkannya, sebahagiannya menjadi barang keperluan asas bagi kita semua..

Ini kerana kita telah pun dikaburi oleh iklan-iklan di media massa yang memaparkan kebaikan atau kelazatan produk mereka..

Produk yang digunakan oleh keluarga sejak turun-temurun turut membuat kita tidak ambil peduli mengenai organisasi asal produk tersebut.

Malah, sebahagian daripada syarikat tersebut juga menjadi sponsor-sponsor untuk aktiviti berbentuk kerakyatan..

Ini menyebabkan kita membuat perspektif yang baik pada syarikat tersebut kerana sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai aktiviti-aktiviti tertentu..

Keberkesanan mereka untuk ‘bersemadi’ dalam jiwa masyarakat kita boleh saya katakan amatlah berjaya..Success..!!Success..!!

Cubalah anda tanya pada semua orang termasuklah kanak-kanak sekali pun..

Agak mustahil untuk mereka tidak mengenali syarikat tersebut..

*****************************************************************************

Penemuramah: “Adik,tau Mc Donald x..?”

Kanak-kanak: “ape la abang nie..mesti la tau..adik suka makan burger dia tau..sedap sgt2..”

Penemuramah: ” Sedap k..? “

Kanak-kanak: ” sedap laa..hujung minggu je mak selalu bawa pegi McD. “

—————————————————————-

Penemuramah: ” Pakcik, pernah dengar perkataan Nestle x..? “

Pakcik Tua: ” erm..macam biasa dengar..Milo ekk..? “

Penemuramah: ” erm..lebih kurang cam tue la pakcik..”

Pakcik Tua: ” ohh..xpenah pulak mamak warong tue tanya pakcik ‘nk minum nestle panas ke, nestle 0′ ke nestle ais’‘..selalu pakcik pesan nestlo je..(nescafe + milo)..”

—————————————————————

Penemuramah: ” hi miss..u look gorgeous today.. *wink* “

Perempuan Gedik: ” hiiii..tQ.. u look smart laa.. “

Penemuramah: ” ekk..maseh..u nk pegi mana nie..? “

Perempuan Gedik: ” i nk pegi starbuck laa..member2 i pun dh ade kt sana..wanna join us..? “

Penemuramah: ” ohh, i wish i could go too(memang xnk join pn)..saya ade hal lain kna buat pas nie..sori ya..

Perempuan Gedik: ” It’s ok..next time k..(nada suara memujuk) “

Penemurah: ” u selalu k lepak kt starbuck nie..? “

Perempuan Gedik: ” ehh, always!!(jawap dengan penuh bangga). boleh kata hampir setiap petang la kitaorg pegi minum kt sana..selalunya lepas kelas laa..”

Penemuramah: ” Ohh I see..bagus la member2 u kn..sanggup luangkan masa bersama-sama untuk lepak petang-petang..tapi bukan mahal k coffee kt situ..? “

Perempuan Gedik: ”  member-member i sume sporting tau..caring..charming..hihi.. “

Perempuan Gedik: ” erm..xde la mahal..kira standard la harga tue kn..Lgpn tue trademark tempat kitaorg untuk lepak..xkn la i nk minum kopi biasa kt warong kot..eeee, loya tekak i bau kopi tue..nk suruh minum..?? mau i muntah nnt tau..Lgpn xlogik laa, dressing cantik2, pastu pegi warong mamak je..i kena jaga standard juga tau..malu i nanti dengan member2 lain..huh..! “

Perempuan Gedik: ” lgpn klau u selalu lepak kt starbuck, leh knal ramai boy yg hensem2 tau..ade yg anak Dato’ , anak Tan Sri,………………………”

Penemuramah: ” Begitu rupanya..”

—————————————————————

p/s: senario diatas sengaja direka oleh penulis untuk memberi sedikit gambaran mengenai kehidupan masyarat Malaysia pada masa kini terhadap produk Yahudi. Tidak ade yang berkaitan dengan orang perseorangan mahupun golongan tertentu. Rekaan semata-mata.

Agaknya antara faktor inilah masyarakat kita agak sukar atau ‘liat’ untuk menolak bulat-bulat produk yahudi yang berada di negara ini..

Adalah kerana :

Tiada keserasian terhadap produk lain..?

Status atau pangkat..? ( orang kaya kena la guna produk berjenama )

Turun-temurun..? <–( mak bapak aku xbising..ko asal menyibuk lak..! )

Trend..? <–( come on la bro, u nie x up-to-date laa )

Jahil..? <–( peduli ape aku..duit aku..aku punye suka laa )

Bagi saya seorang penulis blog ini,

rezeki hanyalah dari Allah S.W.T.

Apa ada pada PANGKAT..STATUS..?

Malu untuk bersemeja makan dengan golongan kebanyakan..?

TREND..?

Islam turut mempunyai trend sendiri..

Menziarahi sahabat-sahabat..

Menggunakan masa yang ada untuk menelaah ataupun membaca Al-Quran..

Bukankan mendapat pahala jika trend Islam ini di amalkn..?

LOYA TEKAK..?

MasyaAllah..Semoga anda mendapat hidayah daripada-Nya..

Janganlah terlalu memilih..

Kanak-kanak di Palestin belum tentu tahu ape itu ‘kopi’ wahai saudara-saudara ku..

Apatah lagi merasa kopi..

Syukurlah dengan apa yang ada..

Janganlah kita sombong atau riak dengan apa yang kita ada..

Sesungguhnya semua itu daripada-Nya..

Bersederhanalah dalam semua perkara..

Agar bertepatan dengan konsep wasathiah yang di ajar dalam Islam..

InsyaAllah, Allah sentiasa menolong hamba-Nya yang bersyukur pada-Nya..

Di sini saya mengajak saudara-saudari untuk turut berkempen..

Kempen sempena Ramadhan yang akan menjelang September ini..

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘ Tepuk dada, tanya selera’..

Jika selera anda masih pada produk-produk di atas,

Saya berdoa agar Allah S.W.T. memberikan petunjuk-Nya pada anda..

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(Surah Al Baqara’:216)

Jika dada anda terdapat kesedaran terhadap saudara Islam di Palestin, tolong sebar-sebarkanlah risalah ini pada sahabat-sahabat yang lain..

A4 Flyer

Brochure

A5 Flyer

Poster1

Poster2

Poster3

Semoga Allah S.W.T. merahmati anda..

InsyaAllah..


Advertisements

~ by ABDUL HALIM on May 20, 2008.

7 Responses to “BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN”

  1. pandai reka script..hehe

    teruskan perjuangn 😉

  2. terima kasih..

    “Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)

  3. nice blog…beri pengetahuan pd org len kan..good job…

  4. blog yang menarik.beri pengajaran kpd kita semua. maklumat yang lengkap dan mudah di fahami.. tahniah kepada pencipta blog nie..good job..

  5. ” saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam. “

  6. Somehow i missed the point. Probably lost in translation 🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Sandpiper.

  7. aq gak ngerti sama website ini…… website ini seperti menanmkan kebencian pada bangsa tertentu ……aku sarankan sih topiknya yang lebih bermanfaat utk org banyak seperti memperhatikan orang2 yang kelapaaran…itu kan lebih berguna dari pada menebarkan kebencian…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: