PENDIDIKAN DI RUMAH

•October 8, 2009 • 3 Comments

> > Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan  hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

> > Ceritanya begini…
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.
> Waktu zohor masuk,abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam. Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang meliha terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH

> > Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi(yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa…”. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan. Subhanallah. .. bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki…

> > Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…

Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yangpandai solat masbuk???
Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

SUMBER: EMAIL

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

•October 3, 2009 • Leave a Comment

10 wasiat Hassan Al-Banna

1) Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu, dikala mendengar azan, usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan, di situ ada sumber pertolongan, di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah, banyak perintah ayat al-Quran. … dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah, Tuhan mensyariatkan solat… Juga di medan perang. Walaupun… Di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba perhatikan mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit, kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan, sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu, sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman, di sini ada kedamaian, di sini ada kesalaman, jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari, sebut dulu walaupun tak faham. Antara malapetaka pertama menimpa umat kita, ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar. Ayuh!!! Apa tunggu lagi? Bukalah ruang walaupun seminit!!!

4) Wahai kawanku, janganlah memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan kecuali dalam hal yang penting. Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Pertengkaran ini semata-mata tak akan mendatangkan kebaikan. Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan. .. Syaitannnn namanya!!!

Hadis yang masyhur telah menyebutkan bahawa umat Islam ini terpecah kepada 73 puak. “Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 golongan dan umatku terpecah kepada 73 golongan. Semua mereka masuk neraka kecuali satu golongan yang selamat.” Sahabat bertanya: “Siapakah yang selamat itu ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda: “Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan hidup para sahabatku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa!!! Rasulullah SAW adalah yang paling banyak senyum, baginda ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa bodoh hanyalah disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan! !! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu, yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau. mestilah dalam batas, seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu, setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita… Jangan keraskan suaramu dalam solat, tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, usahlah umpat-mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah.. . mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat… apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua, salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan.. .! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!! ! Pelbagai lapisan datang berkunjung!! ! Pelbagai darjat
datang berkunjung!! ! Sama-sama menjunjung obor suci, tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana sabda Nabi SAW bermaksud: “Bertindak segeralah melakukan amal…” (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret. .. Tanpa haluan dan noktahnya..

YA ALLAH KAU SATUKANLAH HATI HATI KAMI DI DALAM PANJI AGAMA ISLAM DAN KEIMANAN YANG TEGUH KEPADAMU YA RABBUL IZZATI.
KUPOHON PADAMU YANG MAHA PENGASIH,

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”
[Surah ali Imran ayat 8]

MOGA KAMI SENTIASA BERADA DI BAWAH LINDUNGANMU.
AMIIN…

PUASA SI MISKIN

•September 7, 2009 • 2 Comments
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh
 

 
PUASA SI MISKIN


Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat  diriku   yang sering terlepas pandang.  Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan  buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak  kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:  


“Mana emak? ”
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.  

“Mana bapak?”  
“Bapak pergi kerja…”  

“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi  dalam lingkungan umur 5 bulan.
Adik ini sayalah yang jaga.”
Jawab budak berkenaan.
Awak ada berapa orang adik-beradik? ”
Sepuluh.”

“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”  

“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”  

“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari….”
 Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.  

“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.  


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain  kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang  jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”. Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah  seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..”  


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


“Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”

Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”  


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

 
 
Walaikumsalam wrb

Khalifah Umar bin Aziz Dengan Pelitanya

•August 23, 2009 • Leave a Comment

Dalam sejarah orang-orang islam ada dua orang khalifah agung yang kedua-duanya bernama Umar. Seorang bernama Umar bin Khatab dan yang seorang lagi bernama Umar bin Abdul Aziz.

Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Umar bin Khatab kerana ibunya adalah cucu Umar bin Khatab. Pada suatu malam, khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang menyemak rekod-rekod wang perbendaharaan Negara di pejabatnya.

Beliau membaca rekod-rekod itu dengan menggunakan cahaya daripada sebuah pelita minyak kecil, cukup untuk kegunaan beliau seorang.

Kemudian  beliau terdengar pintu diketuk dan suara orang member salam.

“siapa?” khalifah Umar bin Abdul Aziz bertanya tanpa emmbuka pintu. “saya ialah anakanda, ayahanda,” beliau terdengar suara anak lelakinya.

“ada apa?” Tanya khalifah Umar bin Abdul Aziz, masih tidak membuka pintu pejabatnya. “bonda menyuruh anakanda datang sebab ada masalah,” jawab anaknya.

“masalah apa?” Tanya si ayah. “bukalah pintu ini, ayahanda, biar saya masuk dulu,” kata si anak.

“masalah siapa? Masalah keluarga? Masalah rakyat? Ataupun masalah Negara?” Tanya ayah. “masalah keluarga kita, ayahanda,” jawab si anak.

“baiklah, tunggu sekejap, ayahanda buka pintu,” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Sebelum beliau bangun, beliau meniup api pelita hingga padam, lalu bilik pejabatnya menjadi gelap-gelita.

Kemudianya khalifah Umar bin Abdul Aziz meraba-raba mencari pintu lalu membukanaya.

“masuklah,” kata si ayah dalam gelap itu. “ayahanda, mengapa dipadamkan pelita itu? Bagaimana kita hendak bercakap dalam gelap ini?” Tanya anaknya.

“nampaknya begitulah. Kalau kita hendak bercakap-cakap di dalam bilik ini, kita terpaksa bercakap dalam gelap,” kata khalifah umar Umar bin Abdul Aziz.

“mengapa pula begitu, ayahanda?”  Tanya si anak lagi. “bukankah anakanda tahu ini bilik apa.”

“ini pejabat ayahanada,” kata si anak. “siapa ayah anakanda?” “khalifah Negara, raja segala orang-orang islam,” kata si anak.

“itulah sebabnya, kita terpaksa bercakap-cakap dalam gelap di bilik ini.” tapi mengapa?”

“pelita itu dinyalakan dengan minyak yang dibeli menggunakan wang Negara, wang rakyat. Anakanda datang ke mari sebab hendak membincangkan urusan keluarga kita,” kata si ayah.

“pejabat ini tempat ayahanda menjalankan kerja-kerja Negara, demi kepentingan rakyat. Kita tidak boleh menggunakan harta rakyat untuk mengurus hal-hal keluarga kita,” sambungnya.

“jawatan ayahanda ini adalah amanah tuhan, hari akhirat nanti ayah akan ditanya, bagaimanakah ayahanda hendak menjawabnya?” kata khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada anaknya.

AKU ADALAH ANAK PALESTIN

•August 2, 2009 • Leave a Comment

Assalamu’alaikum,

Namaku Fathi, dan aku adalah anak Palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur untukku. Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.

Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan, bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang Hamas tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.

Aku masih ingat lagi yang ketika itu aku berumur 6 tahun. Pejuang Hamas yang menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dengan namanya, ALLAH telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah menjagaku, dan membesarkanku serta memberikan pendidikan kepadaku. Aku memanggilnya ‘bapa’. Bagi aku yang melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia seakan-akan memberikanku cahaya..

Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa terhenti apabila Israel melanggar gencatan senjata yang entah buat kali ke berapa. Bapa telah mati dalam satu pertempuran apabila Israel cuba menceroboh. Ketika itu aku sudah sedikit besar, umurku sudah 20 tahun. Memandangkan pada waktu itu juga madrasah tempat aku menuntut ilmu telah dirobohkan oleh Israel, maka aku mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama pasukan Izzuddin Al-Qassam, yang merupakan sayap kanan Hamas.

Perjuangan semakin sukar, kerana Israel telah berjaya membuatkan seluruh negara ISLAM yang lain berdiam diri dengan keadaan kami. Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku, dan darah terus tertumpah. Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dari teruk menjadi semakin teruk.

Hari ini, sekali lagi Israel laknatullah telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji untuk menyapu bersih segala penentang dalam serangan kali ini. Gaza telah menjadi tumpuan serangan.

Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia.. Mereka sebenarnya langsung tidak takut dengan sebarang ancaman atau teguran yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa negara-negara lain tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersuara sahaja. Amerika telah menjadi boneka Israel, dengan mempertahankannya. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan untuk Israel.

Serangan kali ini adalah serangan yang terdasyat. Israel telah menghantar 200 jet pejuang ke ruang udara Gaza, dan melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian mencecah 3000 orang. Yang terkorban dalam serangan buas ini bukan sahaja para pejuang, malah termasuk sekali anak-anak kecil, perempuan dan orang-orang tua yang tak berdaya. Bangunan-bangunan banyak yang hancur dan roboh.

Gaza telah menjadi sungai darah. Suasana yang memang sedih, menjadi tambah menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan kali ini memang di luar akal. Inilah yang terdasyat pernah terjadi.

Dalam kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel. Namun, teguran itu membuatkan telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?
“Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa.”

Pada aku yang berada di tengah-tengah Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh. Mana mungkin hendak mengelak dari rakyat biasa? Adakah mereka mempunyai peluru berpandu yang boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? Tahukah mereka bahawa Gaza ini penuh dengan rakyat yang tak berdosa? Malah torpedo dan bom yang dilepaskan oleh Israel mempunyai lilitan letupan yang besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa. Lihatlah apa yang terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa, pasti tidak akan ada mayat-mayat anak kecil, perempuan lemah dan orang tua di sana-sini.

Kini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang udara Palestin. Adakah mereka hendak berhenti? Tidak. Mengikut maklumat yang telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dengan 100 buah kereta kebal. Mereka hendak melunaskan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang.

Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47, senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel. Hamas telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kalau boleh, kami diarahkan untuk merampas kereta kebal.

Sebahagian anak-anak kecil sudah mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun dahulu. Saat ayah dan ibuku mati dalam keadaan yang azab. Mereka juga sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar.. Ini mungkin peperangan terakhir bagi kami. Dengan bilangan kami yang tinggal hanya sekitar 100 orang, agak mustahil untuk menang.

Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada berfirman, “Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH.”

Tetapi aku rasa, apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran ALLAH kepada ummat ISLAM seluruhnya. Yang aku tahu, ummat ISLAM pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah dengan saudara mereka. Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saduara-saudara mereka. Kalau di sini, mudah untuk dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dalam kesatuan mereka untuk menjaga Palestin. Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yang tidak berguna. Menikam kami dari belakang, bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat. Yang mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel.

Aku juga mendengar bahawa,negara- negara ISLAM di luar sana sudah tidak mengamalkan ISLA di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika dan segala kuncu-kuncunya.

Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dengan jarum beracun pada akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. Ummat ISLAM melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa. Namun semangat juang para muslimin masih meninggi. Apabila Israel memasuki Palestin pada tahun 1948, masih ada sebahagian muslimin yang merentasi sempadan dan membantu orang-orang di sini.

Malah, aku masih ingat lagi orang-orang tua bercerita mengenai perang antara Negara-negara Arab dan Israel. Orang-orang tua berkata, andai ketika itu tiada perjanjian damai, maka penderitaan hari ini tidak akan terjadi. Namun apa yang berlaku ketika itu adalah, para mujahidin yang ikhlas telah ditangkap oleh negara-negara arab sendiri, dan mereka telah menandatangani satu perjanjian dengan Israel. Semenjak hari itu, apa sahaja yang dilakukan oleh Israel di sini, hanya akan ditegur dengan suara sahaja oleh negara-negara arab di sekeliling Palestin, dan negara-negara ISLAM di seluruh dunia.

Apa yang berlaku kepada kami di sini tidak lebih dari teguran ALLAH kepada ummat ISLAM. ALLAH hendak menunjukkan betapa lemahnya ummat yang pada satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. ALLAH hendak menunjukkan, betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya dan melupakan deenNya.

Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yang melanggar tenggara asia pada lima tahun lepas. Sehingga ada yang menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu, ramai yang menyatakan bahawa ALLAH telah marah, lalu menegur manusia dengan bala bencana. Aku hanya mampu tersengih. Kamu tahu, di sini kiamat kecil berlaku hari-hari. Tempat ini saban hari bergegar dengan dentuman bom dan bingit dengan muntahan peluru. Tetapi tiada manusia pun yang menyatakan bahawa apa yang terjadi pada kami ini adalah teguran ALLAH kepada mereka. Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman, “Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

Oleh kerana ketidak pedulian orang-orang ISLAM di luar sana, kami pasukan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bumi suci ini. Kami menentang segala keganasan yang berlaku di sini dengan tulang empat kerat kami, dengan segala kudrat kami. Tetapi yang aku amat terasa hati adalah apabila, tindakan kami untuk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan keganasan.

Aku hairan dan pelik dengan orang-orang ISLAM di luar sana. Kamu tidak punya akalkah? Kenapa kami digelar sebagai pengganas? Sedangkan rumah-rumah kami dirobohkan, sedangkan isteri-isteri kami dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, sedangkan anak-anak kami ditembak, sedangkan ayah dan ibu kami terkorban, semuanya dek kerana penjajahan Israel atas tanah kami.

Aku hairan, setahu aku, semua negara ISLAM dahulu menentang penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah dan membenci penjajah. Tetapi apabila tanah kami dijajah, mereka menyelar kami sebagai pengganas, mereka menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. Kenapa kamu bersikap begitu? Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, “Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka.”

Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan keganasan. Kamu pesongkan jihad kepada jihad-jihad yang kamu ada-adakan. Jihad masyarakat la, jihad menentang pencemaran la, jihad menentang kemiskinan la dan pelbagai lagi jihad yang kamu reka, yang tidak utama, berbanding jihad kami yang sedang mempertahankan deen ISLAM ini. Sedangkan ALLAH telah mengizinkan kami untuk memerangi mereka yang menzalimi kami,“Telah diizinkan untuk kamu memerangi mereka yang menzalimi kamu…..”

Kamu tahu, hal Palestin, bukanlah hal kecil. Ini juga bukanlah hal pembebasan sebuah tanah. Hal Palestin adalah hal deen ISLAM itu sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata-mata, bahkan mereka hendak melenyapkan ISLAM dari muka bumi kita. Mempertahankan Palestin hari ini, adalah mempertahankan ISLAM itu sendiri. Kami sanggup berkorban, kerana kami sedang mempertahankan ISLAM. Kami bukan nasionalis, kami adalah HAMBA ALLAH. ALLAH hanya redha pada ISLAM, bukan pada negara-negara yang kita duduki. ALLAH telah berfirman, “Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu deen kamu(ISLAM), dan aku sempurnakan untu kamu nikmatKu (ISLAM,) dan aku redha ISLAM itu menjadi deen kamu.”

Kamu tahu yang Masjidil Aqsa itu adalah tempat suci ummat ISLAM. Ia sama sahaja seperti Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Tetapi kenapa dua masjid itu kamu tatang seperti minyak yang penuh, sedangkan masjid suci di Palestin ini kamu biarkan? Bukankah masjid ini tempat Rasulullah diangkat ke langit untuk mikraj? Adakah kamu tidak berasa apa-apa apabila tembok tempat Rasulullah SAW menambat buraq dijadikan tembok ratapan oleh kaum Yahudi? Adakah kalian lupa firman ALLAH? “Maha Suci kepada yang mengisra’kan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa yang diberkati sekelilingnya dan ditumpahkan cahaya kepadanya dari ayat-ayat KAMI.”

Hati kalian telah dibius sebenarnya. Kalian hanya mampu bersuara tetapi tidak mampu bergerak. Tidak cukup dengan itu, kalian menggelar kami yang berjuang ini sebagai pengganas. Kamu tahukah apa makna semua ini? Ini menunjukkan ISLAM itu telah pudar dari penghayatan kalian. Kalian tidak bergerak membantu kami adalah tanda lemahnya hubungan kalian dengan ALLAH. Kalian lebih takut segala halangan yang direka oleh musuh-musuh ALLAH dari ALLAH itu sendiri. Adakah kalian lupa sabda Rasulullah SAW? “Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, jangan kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak menzaliminya.”

Bukankah ALLAH juga ada berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH dan RasulNya, dan janganlah sesekali kalian mengkhianati amanah kalian sedankan kalian mengetahuinya.”

Tapi apakah pengkhianatan yang berlaku hari ini? Apakah yang kalian hendak katakan kepada ALLAH pada hari kelak?

Adakah kalian sangka, Israel itu akan berhenti selepas menawan Palestin ini? Ketahuilah yang mereka itu akan bergerak menawan seluruh negara ISLAM yang lain. Mungkin aku telah tiada ketika itu. Tetapi aku tahu apa yang akan berlaku. Kamu tahu apa yang akan berlaku? Apa yang akan berlaku adalah apa yang telah berlaku kepada kami. Ketika itu baru kamu rasa, apa yang kami rasa hari ini. ALLAH telah berpesan, “Tidak akan sesekali redha yahudi dan tidak pula nasara sehingga kamu mengikuti jalan mereka.”

Tidak cukupkah penderitaan kami? Sehingga bila kamu semua hendak tidur memekakkan diri? Hari kamu akan tiba nanti andai kamu tidak bergerak lagi. Ketika itu baru kamu merasai apakah seronok digelar pengganas di bumi sendiri.

Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan menjerit memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita. Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang buat tidak endah dengan keadaan kami di sini. Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat, hari yang ALLAH telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama, mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan ALLAH atas apa yang kalian lakukan kepada kami hari ini.. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti. “Ya ALLAH, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka ALLAH akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen ALLAH yang ALLAG redhai. Kalian tahu, yang mati syahid tidak akan dihisab oleh pertimbangan ALLAH. Kami akan terus masuk ke syurga. Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh ALLAH. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, tetap akan dihitung.”

Pasti kalian akan meminta dijadikan sebagai tanah ketika itu.

“ …alangkah baiknya jika dahulu aku hanyalah tanah.”

Kamu tahu, aku dan semua sahabatku, juga semua mereka yang telah mati terkorban, terbunuh di sini, tidak memerlukan belasungkawa kalian. Yang kami perlukan adalah perubahan diri kalian. Kita saudara bukan? Kenapa kalian mesti membiarkan kami? Berubahlah untuk ALLAH, untuk diri kalian sendiri. Ketahuilah bahawa ISLAM itu satu. Palestin juga adalah tanah kamu. Kenapa kalian membiarkan kami? Buangkanlah wahn dalam hati kalian. Dunia ini hanya sementara. Akhirat jualah yang benar dan kekal abadi selama-lamanya. Bukankah ALLAH telah berpesan kepada kalian,

“ setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasan kamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, sungguh dia telah memperolehi kemenangan, kehidupan di dunia ini tiadalah lebih dari kesenangan yang memperdaya”

Kenapa kalian mesti takut dengan segala sekatan Israel dan kuncunya Amerika? Adakah kerana mereka memegang nyawa kalian? Adakah kerana mereka memegang harta kalian? Buanglah wahn, hilangkanlah cinta dunia dan takut mati kalian. ALLAH jugalah yang memegang nyawa kalian. ALLAH jugalah yang menjaga kalian. ALLAH jugalah yang berkuasa atas kalian. Bukankah ALLAH sering mengulang di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya ALLAH itu atas segala perkara.”

Aku ulang, hidup kita hanya sementara. Hanya sementara. Kenapa kalian sia-siakan akhirat yang selama-lamanya untuk dunia yang sementara ini. Apa yang kalian takutkan?

Janganlah kalian hanya menjadi buih, dijentik terus pecah. Rasulullah telah mengetahui akan datangnya zaman ini. Sabdanya, “kelak ummat-ummat lain akan menggerumuni kalian seperti orang-orang lapart menggerumuni hidangan.”
Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kamu sedikit ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, bahkan kamu ramai. Tetapi kamu seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah wahn itu ya Rasulullah?”
“Cinta dunia dan takut mati”

Aku dengar kalian mempunyai banyak tentera dan senjata yang hebat-hebat. Kalau seluruh negara ISLAM bersatu, Amerika juga bukan tandingan. Hendak menentang Hizbullah pun mereka tidak mampu, apalagi menentang kesatuan kalian. Kenapa kalian takut? Buangkanlah wahn. Bantulah kami. Bukankah di dalam Al-Quran yang kalian kita sama-sama membaca ada tertulis, “Dan sekiranya mereka meminta pertolongan kalian (ketika mereka diserang) kerana ISLAM, kalian mestilah sudi menolong mereka.”

Ah…

Kereta kebal mereka telah mampir. Aku mesti bersiap sekarang.. Kalian tahu, walaupun kami mati, kami akan masuk syurga. Kalian yang terus hidup akan ke mana? Kalian akan dipersoalkan atas apa yang berlaku pada kami hari ini. ALLAH bersama kami dan tidak bersama-sama musuh kami. Mati kami mati mulia, menang mereka menang hina. Kami jugalah yang menang sebenarnya.

ALLAH itu matlamat kami,
Rasul itu contoh ikutan dan pemimpin kami,
Al-quran itu perlembagaan kami,
Jihad itu adalah jalan kami,
Dan mati di jalan ALLAH itu, adalah cita-cita tertinggi kami.
Aku tinggalkan pesanan ini, moga pesanan ini tidak hancur dimusnahkan oleh kemusnahan yang berlaku di sini. Pesanan ini untuk kalian. Ya, kalian. Saudaraku, seaqidah denganku.

Semoga ALLAH mencampakkan kesedaran dalam hati kalian, semoga ALLAH membangkitkan raksasa yang tertidur akibat bius yang disuntik oleh musuh, semoga ALLAH membangkitkan kekuatan kita. Semoga ISLAM itu kembali tinggi seperti dahulu kala, atau mungkin lebih baik lagi.

Janganlah kalian takut, sesungguhnya ALLAH telah berjanji, “Sekiranya kamu membantu ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu dan menguatkan kaki-kaki kamu.”

Ketahuilah, ALLAH tidak akan ubah nasib kita, melainkan kita berusaha. ALLAH mengingatkan kita dalam firmanNya, “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dahulu apa yang ada pada diri mereka.”

Salam dari sahabat dan saudara kalian, anak Palestina bumi berdarah, bumi perjuangan, bumi pengorbanan.

Selamatkanlah diri kalian dari api neraka. Sesungguhnya api neraka itu azabnya tidak terkira.

Assalamu’alaikum.

Anak Palestina, Fathi Abzinah.

 

 
- Saya dedikasikan cerpen ini untuk saudara-saudara saya yang sedang berjuang di Palestina. Harap usaha yang saya lakukan ini mengetuk hati-hati yang masih hidup dari kalangan muslimin yang lain. Hanya ini yang mampu saya lakukan. Ampunkanlah kelemahan saya wahai saudara-saudara saya di Gaza, Palestin. Saya hanya mampu berdoa, menangis, menulis, menyeru dan bersuara.

 

SUMBER

PALESTINE Vs ISRAEL

•July 18, 2009 • Leave a Comment

EMPAYAR NESTLE DAN KEJAHILAN UMAT ISLAM

•June 27, 2009 • Leave a Comment

100 Tahun Yang Lalu

Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.

boikot-nestle-sahabat-israelNestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia. Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.

Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

 

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.

Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.

Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.

 

mcbc-business-excellence-awards-kuala-lumpur-2006-nestle-milo

Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat Malaysia

Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada.

 

fakta-milo-wikipedia

Fakta yang hilang?

Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.

Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalam akhbar TheStar Online baru-baru ini:

O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.

Saya terjemahkan di sini:

O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

 

shahrir-urges-restaurants-to-lower-price-of-milo

Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia, yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini.

Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.

Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan: InMinds.co.uk

shahrir-minum-milo-depan-sullivan

Dato Shahrir menikmati darah umat Palestin Milo di hadapan Sullivan. Sumber>>

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai .pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.

Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.

Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

boikot-nescafe-darah-palestin Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!

Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel. Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
  • Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?

Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo, Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya.

Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?

Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

 

SUMBER

AKTIVIS AMERIKA ADAKAN KEMPEN BOIKOT PRODUK ISRAEL

•June 26, 2009 • 1 Comment

Aktivis Amerika Adakan Kempen Boikot Produk Israel

June 25, 2009

boikotmerahPada hari Sabtu, 20 Jun, kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Don’t Buy Into Apartheid-QUIT (Queers Undermining Israeli Terrorism) berkumpul di Trader Joe di Oakland dan San Francisco, Amerika Syarikat bagi menuntut pemberhentian syarikat-syarikat pasaraya dari menjual barangan Israel.

Para aktivis membuang produk buatan Israel dari rak-rak jualan sebagai satu protes dan isyarat keapda para pelanggan untuk tidak membeli produk Israel. Mereka juga bertemu dengan pengurus-pengurus kedai dan memohon agar mereka memaklumkan kepada ibu pejabat mereka bahawa mereka tidak lagi membekalkan produk-produk buatan Israel, seperti herba dan keju. Tindakan-tindakan serupa telah diadakan di Pittsburgh, Pennsylvania, Seattle, Washington, dan Sacramento, California. Aktivis tersebut telah mendapat inspirasi bagi mengadakan kempen tersebut setelah mengetahui pendekatan tersebut dilakukan oleh aktivis dari Wales dan Perancis.

Aktivis mengeluarkan produk Israel dari rak jualan Aktivis mengeluarkan produk Israel dari rak jualan 

Salah seorang pengurus yang bekerja di Trader Joe memberitahu aktivis-aktivis itu, “Jika anda meyakinkan pelanggan-pelanggan kami untuk berhenti membeli produk Israel, kita akan berhenti menjual kepada mereka.”

Kumpulan aktivis ini memberikan kupon-kupon untuk para pelanggan kepada petugas juruwang di situ agar mengagihkan kepada pelangan mereka untuk tidak membeli produk Israel. -

Menurut Sunaina Maira, Profesor Madya dari Asian American Studies at University of California-Davis, Israel merupakan antara Negara yang mengamalkan polisi penghapusan etnik dan dasar aparteid, dan masih meneruskan pelanggaran resolusi-resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga hari ini. Pemulauan produk mereka adalah satu strategi yang berkesan dan tidak ada unsur keganasan. Melalui pendekatan ini akan dapat memberi tekanan kepada mereka bagi mematuhi undang-undang antarabangsa.”ei

SUMBER

KERAK BUAT MAK

•May 25, 2009 • 3 Comments

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,”tak payah” katanya “biar mak yang buat nanti lain rasanya”. Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku… ” ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu”… seraya tu abang ku bertanya ’siapa tak makan lagi nasi ni’. Aku menjawab ‘ mak belum makan apa lagi tu’ Mak dengan bersungguh menjawab ” Ehh mak tak mau… tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi’… dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati.” oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya” ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya ‘mak nak apa..nak ambilkan.’.’ takpa nak rasa ni sikit’. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..” YA RABB Engkau peliharalah Ibu kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga ” . AMINN

 

crying

32 FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN ISRAEL

•May 24, 2009 • 1 Comment

 

1. Tahukah Anda bahwa selain ras Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

 

2. Tahukah Anda bahwa setiap ras Yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatis? Sementara warga Palestina yang terlahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestina?

 

3. Tahukah Anda bahwa penduduk Palestina yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara ras Yahudi dan non Yahudi?

 

4. Tahukah Anda bahwa Yerusalem bagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan

dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang

dijajah Israel dan bukan merupakan bagian dari Israel?

 

5. Tahukah Anda bahwa Israel mengalokasikan 85% air bersih hanya untuk ras Yahudi dan

Membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestina yang menetap di kawasan

Israel? Secara realitas, Israel mengalokasikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk

Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya alokasi kan kepada 120 ribu penduduk Palestina di

daerah itu?

 

6. Tahukah Anda bahwa Amerika mengalokasikan 5 milyar US$ dari penghasilan pajaknya setiap tahunnya untuk menyumbang Israel?

 

7. Tahukah Anda bahwa Amerika terus memberikan bantuan militer kepada Israel sebesar 1,8 milyar US$ setiap tahunnya? Dan tahukah Anda bahwa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika?

 

8. Tahukah Anda bahwa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 milyar US$ dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan karena Amerika merupakan Negara koalisi utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasilitas yang diminta Israel untuk menjamin eksistensinya.

 

9. Tahukah Anda bahwa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbang kan? Khususnya a pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklir pada tahun 1981.

 

10. Tahukah Anda bahwa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklir? Dan menolak Tim Investigasi

PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklir nya?

 

11. Tahukah Anda bahwa sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki pabrik

Pengembangan senjata nuklir?

 

12. Tahukah Anda bahwa Perwira Tinggi Israel di Departemen Perang mengakui secara terang-terangan bahwa militer Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan?

 

13. Tahukah Anda bahwa Israel meledak kan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967? Walaupun serangan itu menewaskan 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahwa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

 

14. Tahukah Anda bahwa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi DK PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

 

15. Tahukah Anda bahwa pemerintah Israel menggunakan system politik konservasi terhadap identitas ras Yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

 

16. Tahukah Anda bahwa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tersangka dalam kasus pembantaian Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang menewaskan lebih dari 1000 orang Palestina terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

 

17. Tahukah Anda bahwa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentara Israel menyuruh para buruh Palestina yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembaki mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah Anda bahwa pemerintah Israel menyatakan tentara itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

 

18. Tahukah Anda bahwa sampai tahun 1988, semua pabrik dan kantor di Israel hanya boleh

menempelkan keterangan lowongan kerja dengan perkataan: “lowongan kerja hanya untuk ras Yahudi”, “dicari seorang karyawan dengan syarat ras Yahudi”?

 

19. Tahukah Anda bahwa Departemen Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk memunculkan image positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropa?

 

20. Tahukah Anda bahwa Sharon mengajak Partai radikal Molodeit untuk menjadi koalisi utama dalam kabinetnya? Padahal partai itu berideologi radikal dengan persepsi pokok

membersihkan Israel dari non ras Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestina dari Israel?

 

21. Tahukah Anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh ras Arab dari Israel?

 

22. Tahukah Anda bahwa Rahib besar di Israel Ofadya Yusuf yang juga pendiri Partai Syas (partai terbesar ketiga di Israel) mendukung aksi militer Israel untuk menghabisi warga Palestina? bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Karenanya dilarang semua ras Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang  kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembakkan rudal dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk menghabisinya, karena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

 

23. Tahukah Anda bahwa pengungsi Palestina terbesar di dunia?

 

24. Tahukah Anda bahwa penduduk Kristen Palestina bersatu dengan penduduk Palestina muslim untuk melawan penjajah Yahudi?

 

25. Tahukah Anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyiksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Intelijen Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestina dalam proses pemeriksaan nya?

 

26. Tahukah Anda bahwa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merusak seluruh sarana dan prasarana pendidikan penduduk Palestina, tetapi penduduk Palestina tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini apabila dilihat dari jumlah prosentase penduduknya.

 

27. Tahukah Anda bahwa setiap manusia mempunyai  hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM internasional yang diterbitkan pada tanggal 10 Desember 1948? Tetapi tahukah Anda bahwa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestina?

karena dihalangi dengan ditandatanganinya kesepakatan OSLO?

 

28. Tahukah Anda bahwa mayoritas buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara

Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, justru Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al-Quds dan Tepi Barat? Tetapi mereka mengatakan bahwa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

 

29. Tahukah Anda bahwa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensi Jenewa untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga sipil Palestina?

 

30. Tahukah Anda bahwa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh militer Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang militer Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi militer Israel terus menyerang, menembaki rakyat sipil Palestina dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan Anda lah pembantaian tiga wanita Palestina, padahal mereka sedang berada dalam tenda pengungsian nya?

 

31. Tahukah Anda bahwa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Kubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

 

32. Tahukah Anda bahwa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahwa Israel adalah Negara racism dan apartheid seperti kondisi Afrika Selatan sebelum ia pimpin?

boycott2tw3